CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 5, 2010

.KAKS.Episod 2-AktIViTi.Part.2.

...continued. Kah3. Tadi smpai hr ke empat dh kn? Ok3. Sambung.

5th Day

  • Debaran makin dirasakan. Cheh. Siyes. Sebenornye bnda xde lah gempak ngat, mksud aku, bkn ktorg nk kne g amek exam pon. Tapi. Isk. Encek Tuan Haji Jalil tu hah, dia pnye requirement baaaaapak gile byk. Mcm btol2 nk approve loan ktorg lak ngn bsnes plan tu. Oh. Name Melayu dia, Rancangan Perniagaan dgn shotfom dia RP. So pasni klau aku gne RP, paham2 la erk.
  • Pagi tu sperti biase.. CERAMAH. Ok. Part ceramah ni sebenarnye antara part yg aku suke jgak. Pasal ape? Psl ms ceramah je aku leh tido. Ha2. Pastu ade r games sket, dianjurkan oleh Miss Huda. Games ape? Mari bekenalan. Mcm dak2 tadika kejap, kne beratur ikot abjad nama, pastu kene beratur ikot nama ayah, binatang kesukaan, blablabla.. jadik cm pasar r kejap dewan tu, riuh rendah! Tp fun giler r. 

  • Pastu kitorg jadi org construction lak. Bagaimana? Jeng3..
.ini bahan2 utk bina kilang proses ayam utk group KAMBING.

.Proses pembinaan. Ok. Abaikan je ye pasal kebersepahan ini. Pasal yg aku cuba nk gmbarkan kt cni adalah ketekunan Nuar dlm membina serombong asap kilang kami. Dia x sedor org amek gmbo dia neh. ha3.


.Inilah hasilnye..Kilang Laziz Jiddan, memproses ayam golek frozen. kih3.

.Tolong ye, sy bkn minah kilang. Sy finance manager. Kah3.


.Kumpulan Kuda, x silap aku diorg ternak kambing. Perh! Gile hebat kambing dok kt dlm building neh. Ha3. Eh, jap3. Bkn ke Kambing tu team aku? Isk. 

.Percaya atau tidak, ini adalah sebuah TADIKA. Siyes. Aku x tipu. Tp aku mmg x akan terpikir pn nak anta anak2 aku msok tadika kumpulan Gajah ni. Waswas. Ha3.

.Nampak x? Sebuah MALL. Gile kalerful. kreatif jgak geng2 Angsa ni   membina Mall ni. Aku rse pengunjung nye wajib r sume kanak2. Ha3.

.Ni kmpulan Harimau pnye hasil binaan. Aku x ingat lak ape kejadahnye rekaan diorg ni.  Ape ek??  Hotel kot klau x silap. Eh,. Ntah lah. Tp x nk kalah gak kalerful kn? ha3.


.Ini kumpulan Kucing.Jap. Yg ni pon aku lupe ape kah hasil binaan diorg. Adakah ia sebuah restoran? Maybe. He3. Ala2 cm restoran terapong la agaknya.

  • Overall, ptg tu mmg fun la! Fun yg binaan tu je. Lpas tu....... Oh! kite smbung stress smlm! Sbb mlm ni lah kemuncak nye acara KAKS ni..RP. ha3. (ingt lg x shotfom utk ape tu??)
  • Malam...
.Wahh! Team ktorg pnye logo kompeni. Ngee~ Laziz Jiddan!.


.Team Kambing: wah! Smgt kn kami! (merujuk kpd Lee sbnarnye..).


.Team Harimau. Oh. Ni la team paling ramai ahli, kih3. Kazen to be kt team ni. Ehem3.

.Team Kuda yg menternak Kambing. Ho3. Team Kambing ku diperdagangkan! Aiyak!.

.Team Kucing. Wah.. Jangan main2 dgn team ni. Pasal ape? Pasal ade Penghulu dlm team ni. Isk. Tp kami TATAKOT, TATAKOT, TATAKOT! kih3.


.Team Gajah yg membuka sebuah Tadika. Adeys. Time snap pic ni, aku ngn TJ pnye kje dok create drama dr pic. Cuba tgk.  Kt blkg tu ade org frust tgk Rizal dan Fasha. Ngeh3. 

**Alamak, puas aku dok belek2 koleksi pic yg ade n fb2 dak2 yg upload pic KAKS, xde lak group  ANGSA pnye presentation. Adeys! Tulun! X lengkap entry ku!

*** Ade SESUATU selepas mlm presentation ni. Apakah? aku story later, ok! Jeng3.


6th Day.
  • Hari ni dh last day kt de Rhu. Konvokesyen day! Kih3. Btol, x tipu! Ngan hari penyampaian adiah skali. Nak wt kesimpulannye, kumpulan Kambing antara yg hebat gk r, dpt Top 3. No.3. Kih3. Pemenang utama kumpulan Kuda. Tempat kedua lak Gajah. Isk. Aku x puas ati btol grup Apiz n Rizal dpt hamper besor. Hampa aku! ngeee~
.Acara dimulakan dgn bacaan doa. Tp bukan kt cni. Ni praktis je. Kih3. Ustaz TJ.
.Ni baru betul2, bukan cobaan lg. huu~.


.Aku mengimpikan hamper yg tinggi2 tu.... isk3.


.Tapi xpelah, dpt yg ni pon dh ckup baik. Syabas team KAMBING! wt gaya sket! he3. TATAKOT, TATAKOT, TATAKOT.

.Ni KUCING ni saguhati je nih! tp same lak ngn adiah tempat ke 3. isk. Sabor je ok!.

.Ye lah, KUDA! amek la kt korg jadik juara! amek la! (dgn nada pasrah).

.Hoh. Naib juara lak GAJAH ni, x sangka aku! isk! Xpe, jap lagi pasti dpt cilok hamper tuh!.

.HARIMAU.saguhati jgak ni. Kah3. Tp tu lah. Konpius, same ngn adiah tmpat ke-3.

.Masih juga saguhati. Pape pon, Tahniah kmpulan ANGSA. Thn  dpn cuba lg, ok!.



  • Majlis konvokesyen kami berakhir dgn jayanya. Dan kami pon dpt g makan kt COFFEE HOUSE! he3. Oh ye. Lpas konvo ni, sebenarnye ade detik mencemaskan seketika. Pintu bilik x dapat dibuka psl dh lepas waktu check out! Nasib baik dpt setel sbb mmg Puan Mc Ja dh ckp ngn org hotel nk mntak extend wktu check out ke jam 1.30 ptg. Thanks, de Rhu!

  • Ptg hari ke enam tu, ktorg ade industrial visits. Ke man? Ke kilang Kedidi kt Sg. Soi, n kt kdai kraf ASR Deco kt Medan Mara, Kuantan. Jom!
.Perjalanan Bermula. Kelihatan di sebelah sy ade usahawanita yg sgt bizi. he3.


.Smpai kt kilang Kedidi, owner ajakn msok konferens dlu. kah3. Ala, kasi penerangan sket2. Ok. Aku sempat melelapkan mata dgn selambanya, walaupun duduk di kerusi paling dpn n dekat gile dgn lecturers serta owner kilang ni. SOrry, encek, sy x dpt kawal mengantok. huk3.

.Sekitar kilang pen Kedidi.

.Ini bukan mamat indon pekerja kilang, ok! ini bakal usahawan.

.Oh, aku xde dlm pic ni. Pasal ape? Pasal aku dh berlari menuju ke arah bas, mintak pakcik bukak tmpat beg kt bwh tu, nak amek selipar jepon. Kaki dh sakit kowttt pkai wages. hik3


.kat ASR Deco. Owner dia yg pkai baju putih tu ha.


.Moh ke Pahang!.

.ASR Deco Sdn Bhd.



  • Ok. Lawatan berakhir. Now masa utk memulakan perjalanan jauh menuju ke KEDAH!! Utk apa? Utk ke Seminar Usahawan Bestari, Yeay! Kedah! Nantikan kami sampai! Tapi sebelum tu, kita say BYE2 to Encek Bob, Cek Ara, dan Encek TJ. Kerana apa? Kerana mereka x join kami ke Kedah. Oh. Sgt sedih, siyes! X caye?? Saksikan.

.TJ nanges. Sob3. Cuba ditenangkan oleh Ara dan juga Bob. Sedangkan hakikatnye mereka juga sudah sayu. Sob3. 
Siyes sedih kot time ni! Tp nk wt cmne, mereka ade urusan lain yg menghalang utk join trip ke Kedah. Ok xpe. Nanti kita gi trip lain kali lak, ok! Amanat TJ dlm msej dia lpas tu aku pegang dan simpan. Suh kami sume jaga diri baik2 spjg trip tu. Tp satu pesanan dia yg x mampu aku tunaikan: JANGAN TIDO MASA CERAMAH. Oh. Aku tak sengaja. Tp ianya mmg sgt sukar bagiku.! Ngeeee~

Ok3. Siyes mmg terpaksa ade PART 3. Sbb dh lenguh jari jemariku menaip ni. Kui3. Pok Nick da x sabo tunggu entry ni. Dh ready duk komen kt fb aku tuh. Ngee~

p.s.: Bukan ke nama boypren Fasha Sanda tu Rizal gak? sile rujuk pic GAJAH present RP. Ok3. Saje kasi hangat sket,kih3.


.KAKS.Episod 2-AktIViTi.Part.1.

Episod lpas, aku ade cter psal kawan2 baru aku kt KAKS kn? Wah! diorg mmg best la!
Dh berkenalan, skrg aku nk cter psl aktiviti ktorg lak. Huhu. Kalau nk wt entry psl KAKS mmg terasa panjang yg teramat lah. Byk story mory selama sminggu tu. Walaupn dh seminggu berlalu, still fresh ag r dlm memoriku ini. Eceh!! Bermadah helah lak.

Ini dia..

1st Day:
.lokasi: De Rhu Beach Resort.

.aktiviti 1: Main lukis gambo pkai tangan kiri. 
  • Part ni paling best utk hr pertama. Coz dr cni la kte mule2 nk knal ngn kwn2 lain. Syarat2: Lukis pkai tangan yg kita x guna utk menulis. Kebanyakan akn guna tgn kiri la kn? he3. Tak bleh ltak mark yg org leh senang detect, contohnye TAHI LALAT. N memandangkan hnya sorg gurl yg free hair kt dlm dewan yg memudahkan dia di detect, maka dia kene lukis pic pkai tudung. Lpas tu, tuko2 pic la, ape lg. Aku dpt pic Sarah, team mate yg aku cter dlm entry lpas tuh. Pic aku lak, dpt kt Apiz. Kih3. Pon aku dh cter dlm entry yg agak latest smlm.
.Aktiviti 2: team work.
  • Team work ni bkn soh men lawan2 serang org ke hape ke. Ini team work kene jawab soalan2 perah otak. Mmg kering r otak kene perah time tuh. Soalan2 gile ektreme. The best part, team ktorg yg masih fresh sbject QMT yg Encek Zul ajor dlu, apply ASSIGNMENT MODEL nk solve soalan. Kah3. Hebat x? Jom tgk hasilnye:
.Scoreboard.
  • Team aku yg GROUP 1 tu. Dari 3 soalan, ktorg dpt jwb 1 je soalan dgn tepat. Pakai assignment model. Kah3. Kebetulan assignment nye mengena. Syarat2 pemarkahan: Kalau YAKIN, dan jwpn betul, dpt 30 markah. Kalau YAKIN tp jwpn kalah, dpt 0. Klau SERAH DIRI, sama ada jwpn betul atau salah, dpt 10 markah. Kira gempak r jgak kn team ktorg dpt 40markah. kih3.

2nd Day.

.kertas2 ini berharga RM10,000 setiap satu. 
  • Iye. Mmg harga dia RM10,000. Gile x? Psal ketas tu la yg akan kita guna nk wt kapal. Kapal tu akn dijual kpd pembeli dgn hrga RM13,000. Tp syarat2 nye: Kapal kene seimbang, warna mesti kt luar (ketas2 ni kaler dia 1 side je, blkg putih). N buat sebyk mana kapal dlm masa 5 minit (ek? aku pn lupe timing dia, tp ade limit la). Beli bhn mentah ikot suke ati kita byk mane. Tp kos tu! ha3.
.Agak2 ade untung x? Kos RM120,000 utk 12 keping bahan mentah. Yg siap cuma 7 buah kapal.
  • Aku konfiden giler bli smpai 12 keping ketas. Tapi yg siap cuma 7. Itu belum pass QC lg! ha3. Oh ye. Setiap kapal yg kene reject or x laku sbb fail QC td, akan penalty RM500. Oh. Too bad, sume kapal aku FAILED. Kerugian : (RM 10,000 x 12) + (RM500 x 7) = RM123,500. Gile. Lingkup kompeni! Tp xpe. Sesungguhnya 1 kapal pon x terjual hr tu, sume rugi! kah3.

.Riadah.
  • Sebelah ptg 2nd day, kami ade aktiviti riadah. wah!! Tema: belon. 2 games je. Baling belon air (ikot team baru yg Kambing, Kucing, Kuda, Angsa, Harimau n Gajah tu).  N tiop belon smpai pecah. Oh. Acara olimpik yg paling aku x ske dr dlu smpai skrg.
.sblm acara sukan bermula, ktorg sume dpt aiskrim Pn. Hidayatun belanje. Alhamdulillah. Credits to puan n pakcik moto aiskrim tuh, he3.

.acara baling belon air: Group aku paling awal terkorban. Ho3. xde luck, dpt belon yg x kukuh. Kn, TJ? kih3.

.Acara tiup belon- pengakuan jujur dr aku: Group ktorg paling mengelat. Kah3. Dpt tmpat petama lpas berlaku sedikit penipuan. he3. Sorry olz!.


.aktiviti Bebas lpas riadah: suka ati lah nk mndi kolam ke, mndi pntai ke, kih3. (with kazen to be, Zana).

.Sesi malam: Ketas sape plg panjang?.
  • Sblh malam pn ade aktiviti best. Sesi koyak ketas acara individu. Timing 5 minit. Bahan: sekeping ketas a4. Sah2 la aku bukan pemenangnye. Kih3. Asyik terputus je! isk!

3rd Day
  • Hari ni x byk sgt aktiviti. Just mendengar ceramah dr Penceramah2 jemputan. Antara nye:
.TEKUN NASIONAL.
.Oh ye. Lupe nk cakap. Mulai 2nd day, setiap group akan anta wakil utk jd emcee. ni dia encek emcee kt pd 3rd day. Hazwan namanya.



  • Sebelah malamnye, kami ade "Presentation Mini". Mcm latihan sblm present business plan la. Ktorg di group Kambing dp industri pakaian.
.cmni lah serba sedikit ape yg akan kami present.
.presentation kumpulan kambing: Baju ibu mengandung Cute Mommy.  Ngeh3.
4th Day
  • Hari ke empat kami mula stress. Pasal apa?? Oh. Malam hr ke 5 akan ade final presentation utk business plan. Mcm biase, siang nye kami dgr ceramah. Oh. Ceramah hr ni salah satunya adalah paling best. Psl apa? Psl ceramah dia je yg aku tak tido walau sesaat pon. 
.BUKAN. Ceramah dia ni wlaupun bdak2 lain dok gelak sakan, aku cipta rekod hati paling kebal sbb x gelak lgsung, sblknya aku tido. Maka tuan hj ni perli "dlm klas sy senang je, klau sape mengantuk, tido je.". Oh. Setepek kene ats idong!.

.HAAA! inilah orgnye! 
  • Merujuk kpd gmbar di atas, kih3. Siyes la ceramah dia paling best. Pasal ape? Pasal lawak nk mati! aku bkn setakat berair mata sbb gelak, tp smpai meleleh air mata membasahi pipi. Adoi. Lepas tu rse kejang rahang aku dok gelak. Kah3. Saaaaangat! Ayat dia yg paling aku ingt n rs paling lawak: "keno ketik (gigit) nyamok, pah nak como(sapu) gapo ni,abe?" smbil tnjuk tgn kene gigit nyamok. Oghe kelate sure paham ni! kah3. Ceramah dia disampaikan hmpir 80% dlm bhse Kelantan yg aku pasti sume pserta paham, Hu3.

  • Mlm menjelma.... Mula stress. Lepas je ceramah, masing2 mula sebok giler. Kebiasaan, lpas abes seminar sesi mlm, ktorg akan mengadap menu supper yg hmpir serupa sokmo iaitu berasaskan bubur or pengat mkn ngn roti, n air teh atau kopi. Lpas tu tros balik ke bilik msing2 n tido sepuasnye smpai esok. Kdg2 ade yg x amek supper sbb x sabo nk blk tido. Tp mlm tu....dewan masih hingar dan bingar selepas jam 12 mlm. 
.see! stress sudah! ha3. Business plan nk kne present esok ni!.

.Detik2 stress kmpulan Gajah. Masing2 fokus. Ini bukan buat2 fokus, okeyh!.

.Kumpulan Kuda, Stress juga. Walaupun masih ade Encek yg sempat pndang kamera, demi xnk membuat "wartawan" hampa atau kecik ati. He3. Thanks encek Apiz.

.Kumpulan Angsa ni pon stress jgak. Ni cuma lakonan je konon2 mereka msih cool n mmpu tersenyum. Syabas!.

.Kumpulan Kucing. Yela, ms ni leh wt2 cool lg. Isk. Padahal dh mula terasa  bahang kepenatan nye.


.Ahli kmpulan Kuda dtg melawat site kumpulan Kambing :p.

.Ini cuma lakonan semata, Lee bkn tuang air btol2 pon. Hampe! isk.


.Penah tgk x aku sefokus ini? kah3. Mesti la penah, dlm pic ni. Kui3.
.Kazen to be aku neh actually dr kmpulan Harimau. Tp group dia wt kje kt bilik je. SO xde lah pic group diorg dlm dewan ni. Kui3. Ok3. Wlaupn stress tp msih smpat posing2 ye! ;p.



  • Malam tu siyes penat gileeer! Bukan malam tp PAGI. Kul 3 pagi, dewan msih penuh ngn businessmen n businesswomen  yg sebok dgn business plan masing2. Isk. Komited gile. Mau x stress? Mnde yg org belajar n siapkan 1 sem dlm sbjek ETR, ktorg siapkan dlm ms Curi2 yg ade spjg kursus ni. Adeyh. Sgt2 menekan jiwo!

Ok3. Aku kene edit tajuk entry ni drpd ".KAKS. Episod 2-AktIViTi." kpd ".KAKS.Episod 2-AktIViTi.Part.1.". Pasal apa? Pasal hr ke-5, 6, 7 dan 8 msih ade byk story. Penat sudah nk menaip. 2 be continued. Ngee~

p.s.: Aku rs mcm join AF lak. isk.