"Dan tentang seseorang itu pula dirimu. Ku bersumpah akan mencinta".
Tgh2 dok layan lagu kt hp sebelum lelap mata td, dgr la lagu ni.. Oh. Terus terimbas balik psl borak2 kosong aku ngn sorang member ni, Cik Ant (saje nk tag, kih3). Pasal mende sumpah2 ni la.. Ok. Terus aku x jadi tido (bukan bermaksud xmau tido langsong, tp postpone sat utk beberapa puluh minit atau maybe smpai sejam kot).
Ok lah. Klau nk sebut pasal sumpah ni, isu sensitif sebenarnye. Baru je ptg td ms otw balik dr Raub, aku dgr ceramah dlm radio klasik nasional pasal sumpah2 ni. (sorry, bukan aku yg pilih stesen "klasik" tu oke, cuma sbg anak, aku harus akur dgn pilihan org tua ku.. huk3). Kata ustaz tu (lupa nama penceramah td, maaf ustaz..), beliau ade la memetik dr riwayat hadith, yg bunyi nye lebih kurang mcm ni la. "Org yg bersumpah atas agama lain tidak diwajibkan utk melunaskan sumpahnya itu, sebaliknya diwajibkan bertaubat kerana bersumpah atas agama lain menjerumus org itu keluar Islam, maka hendaklah kembali bertaubat."
Kata ustaz tu lagi (ulasan pd rwyat hadith td) "org yg bersumpah dlm agama Islam iaitu bersumpah atas nama Allah swt wajib melunaskan sumpahnya (sumpah yg baik2)".
Ok. Kesimpulannya cmni la, sape2 yg bersumpah ats nama Allah swt contohnya "Demi Allah aku akn tinggalkan perbuatan ini" maka wajiblah bg org Islam tu utk melunaskan sumpahnya dgn meninggalkan perbuatan tersebut.
Tapi x semua org pndang serius psl sumpah. Contohnya, g Suruhanjaya Sumpah semata2 nk dptkan cop n sign utk sesuatu borang atau urusan tu tnpa tgk dlu ape mnde la yg disumpahkan tu? Ade org tu pulak, lantang bersumpah itu dan ini (siap sebut "Demi Allah" lagi), but at the end, termakan sumpah sendri.
Ok. Mukadimah. Yg aku duk teringat nk cter psl makan sumpah ni actually, psl seseorang ni. Aku bukan nk mengadili dia or nak hukum dia macam aku ni tok hakim. Takde niat. Sekadar luahan rase la..
Dulu, ms dulu2 lah, mcm2 sumpah yg pernah hamba Allah ni lafazkan. Bermula dgn sumpah2 yg baik. Siap bersumpah atas nama Allah utk tak buat tu, x buat ni, x kan tinggal tu, xkan tinggal ni.. blablabla. (Kalau lah masih ade catatan2 bertulis tu, nk je aku quote sbg bukti but 4 sure aku sensored name lah. kih3).
Ok. Sumpah2 yg baik tu x dilunaskan, dgn alasan dia silap buat penilaian, blablabla, takdir, blablabla. Weyh, klau dh tau takdir tu bukan kt tangan ko, xyah la nk bersumpah macam2 dan akhirnya menyalahkan takdir bila sumpah itu x mampu atau xnak dilunaskan. Mudah kn?
Bila sumpah baik2 td x dapat dilunaskan, kua pulak sumpah2 yg menyakitkan dari hamba Allah yg sama. "Sumpah aku tak akan ingt, sumpah aku xkan cari, sumpah ko dh mati, sumpah tu, sumpah ni, sumpah2". Siap dgn sebut nama Allah pun! (klau masih ade bukti, nk jugak aku quote kt cni, hik3).
Oke.. Dia sudah bersumpah2 mcm tu, so kira everything is over lah kan.. Kusangka...
Tp akhirnya, tetap jugak dia x lunaskan sumpah dia. Mane pegi "sumpah xnk ingt, sumpah xnk cari, sumpah ko dh mati bg aku" tu? haihh.. And again, yg akan dipersalahkan adalah takdir. Mungkin takdir yg buatkn dia TERingat, TERcari n aku TERhidup balik. ha3.. (jadi Zomba la aku, mati idup balik, ngeee~ :p ).
Sumpah setia ko x dpt lunaskan, sumpah "keramat" pn x dpt lunaskan, adakah salah takdir?
Aku x berniat nk ungkit cter2 lama pn.. Cuma mnde sumpah2 ni berlaku dlm pengalaman hidup aku sendiri utk aku kongsi. Nak ungkit, nak dendam, nak marah ke, tak terlintas langsung. Just nk kongsi bahawasanya SUMPAH tu bukan mnde main2, bukan main suka sebut2 siap bersumpah dgn nama Pencipta lg. Tak rasa bersalah ke? Sedangkan yg bersumpah2 tu Islamic nye aku rs Alhamdulillah, taraf nye lebih la dari aku..
Yelah, dulu dia yg nasihatkan aku jangan tu, jangan ni, xnak mcm tu, xnak mcm ni. Which at the end, dia jugak yg melanggar apa yg dia nasihatkan kt aku. Apa yg aku tak buat, dia lak yg buat skrg. Ok. Mungkin sekali lagi, SALAH TAKDIR. Haihh.. Kenapa takdir selalu salah ye bg dia?? Kadang terfikir gak aku, nape erk selalu mcm ni?? Mungkin atas niat masing2 lah kot. Kalau niat tu ikhlas, InsyaAllah xde la org yg akan termakan sumpah sendiri or terkena atas batang idung sndri balik semua yg dinasihatkan dulu kn?
Takdir tak pernah salah, tp kita manusia ni yg selalu menyalahkan takdir atas kesalahan sendiri. Kalau kita tak tahu apa yg ada pada masa akan dtg, xpayah la nk gatal2 mulut sgt nk bersumpah. Nnti bila x dpt lunaskan sumpah tu, mula lah ckp "dh takdir mcm tu". Ok. Kesian kpd Encik Takdir. Allah dh cipta dia elok2, dia plak dipersalahkan bila manusia gagal utk buktikan kebaikan masing2. Ngeee~
Wow! Entry yg sgt serius dan agak berceramah di sini. ngee~ Yelah, xkn la sokmo nk wt entry merepek2 je kan, kene jgak ade pengisian rohani. :)
Aku sekadar meluahkan, sape2 yg baca n nak terasa, terserah.. Sekadar utk renungan bersama.
p/s: tiba2 teringat kt opisboy kt opis tu yg kne g Suruhanjaya Sumpah utk cop akaun. Hahaha... Tp bukan dia la yg bersumpah nye~
Monday, March 7, 2011
.MaKAn.SuMpaH.dAn.TaKDir.
Posted by Farah Yunus at 3/07/2011 12:03:00 AM
Labels: .teNtaNg KeNanGan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment